Anugerah Kecemerlangan WorldSkills Malaysia

Majlis Anugerah Kecemerlangan Worldskills Malaysia 2021

Penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan WorldSkills Malaysia 2021 merupakan majlis yang dianjurkan bagi memberi penghargaan  dan meraikan peserta yang telah berjaya dalam pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun 2021.
 
Matlamat utama majlis ini adalah bagi:
  1. Memberi penghargaan  kepada  peserta-peserta  yang  cemerlang  serta  berpotensi  dalam bidang kemahiran;
  2. Memupuk emosi pelatih kemahiran agar berazam ingin maju, berlumba-lumba menuju kejayaan sehingga mencapai standard antarabangsa;
  3. Mengembangkan bakat pelatih/pelajar dari segi keyakinan terhadap diri sendiri, individu yang berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran;
  4. Membina dan memupuk semangat berdisiplin, bekerjasama, berketrampilan, bersatu padu dan muhibah antara peserta dalam pelbagai agensi TVET.
 
Majlis tersebut adalah bagi memberi penghargaan kepada peserta yang telah berjaya dalam pertandingan kemahiran seperti berikut :
 
Peringkat Antarabangsa
  1. Pertandingan Online Jemputan III Khabarov Regional Competition, WS Russia
  2. WorldSkills Asia Online Friendly Skills Games 2021
  3. WorldSkills Rusia National Competition - IX National Skills Competition
  4. Festo Online Mechatronics Skills Competition
 
Peringkat Kebangsaan
  1. Virtual Skills Malaysia (VSM) 2021
  2. Junior Skills Malaysia (JSM)
  3. WorldSkills Malaysia (WSM) University Challenge 2021

                          Klik disini untuk lihat galeri gambar