Festo Online Mechatronics Skills Competition

Festo Online Mechatronics Skills Competition


FESTO selaku WorldSkills International Global Partner telah menganjurkan satu pertandingan kemahiran bidang mekatronik secara atas talian. FESTO Mechatronics Online Competition 2021 adalah satu program pertandingan kemahiran secara maya yang diadakan dengan kerjasama FESTO Asia Pacific dan pasukan Malaysia telah menyertai pertandingan ini yang berlangsung dari 7 hingga 8 April 2021 bertempat di CIAST Shah Alam. Dalam pertandingan tersebut, sebanyak 6 buah negara melibatkan Jepun, Korea, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Vietnam telah menyertai pertandingan ini dan pasukan negara telah berjaya memperoleh pingat gangsa.