Ujian Kelayakan WSC Shanghai 2022

Sesi Pemilihan Peserta ke World Skills Competition (WSC) Shanghai 2022

   Pertandingan WSC merupakan pertandingan kemahiran peringkat tertinggi yang diadakan pada setiap dua (2) tahun sekali dalam memberi pengiktirafan kepada belia-belia berkemahiran unggul di seluruh dunia. WorldSkills International (WSI) merupakan organisasi yang menguruskan penganjuran WSC ini. WorldSkills Competition (WSC) Shanghai merupakan edisi ke 46 yang sepatutnya berlangsung pada tahun 2021. Walaubagaimanapun pertandingan ini telah ditunda ke tahun 2022 akibat daripada pandemik COVID-19.

   Sesi pemilihan ini adalah bagi memilih calon-calon yang layak untuk mewakili negara bagi menggantikan pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) yang dibatalkan pada tahun ini.

 Tarikh Sesi Pemilihan Peserta ke WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2022


                  Statistik Ujian Kelayakan Calon WSC 2022