PRA KELAYAKAN WSMB & WSMP DI CIAST
Jumlah paparan: 1046
Pertandingan pra-kelayakan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) 2025 telah berjaya dilaksanakan di CIAST, Shah Alam dari 10 Jun hingga 3 Julai 2025. Pertandingan ini melibatkan penyertaan aktif daripada pelbagai institusi latihan TVET seluruh negara dan berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak.
Sebanyak lima bidang telah dipertandingkan iaitu:
- Beauty Therapy
- CNC Maintenance (Demonstrasi)
- Industry 4.0
- Automobile Technology
- Electronics
Keputusan pertandingan ini akan menjadi asas pemilihan peserta ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2026.