Bil.2/2025
06 Mei 2025 (Selasa) – YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi MPKM telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) Bilangan 2 Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 27, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Menara Dato' Onn, WTCKL. Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perancangan dan halatuju pelaksanaan pertandingan kemahiran di peringkat kebagsaan dan antarabangsa. Ringkasan mesyuarat adalah seperti berikut:
Peringkat Kebangsaan
Aktiviti pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan bagi tahun 2025 merangkumi empat (4) kategori utama:
-
WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) – 38 bidang kemahiran
-
WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) – 6 bidang kemahiran
-
Junior Skills Malaysia (JSM) – 5 bidang kemahiran
-
WorldSkills Malaysia University Challenge (WSMUC) – 8 bidang kemahiran
-
Iklan penyertaan telah dibuka pada 10 Februari 2025 dan ditutup pada 30 Mac 2025 bagi WSMB, WSMP dan JSM.
-
Bagi WSMUC, tarikh tutup penyertaan ialah 12 Mei 2025.
-
Pertandingan WSMB dan WSMP akan menggunakan pendekatan baharu iaitu pra-kelayakan pada 2025 dan peringkat akhir pada 2026.
-
Statistik permohonan penyertaan dan bilangan peserta yang layak ke peringkat pra-kelayakan akan dibentangkan dalam mesyuarat.
Peringkat Antarabangsa
Malaysia dijangka menyertai dua (2) pertandingan serantau:
-
WorldSkills ASEAN Manila 2025 – 21 hingga 31 Ogos 2025
-
WorldSkills Asia Taipei 2025 – 27 hingga 29 November 2025
-
Mesyuarat Technical Committee Meeting (TCM) bagi ASEAN telah diadakan pada 25–28 Februari 2025 di Hilton, Manila dan dihadiri oleh pegawai serta pakar negara.
-
Penekanan diberikan kepada latihan intensif peserta untuk memastikan pencapaian cemerlang kontinjen negara.
-
Malaysia turut merancang menganjurkan pertandingan persahabatan (friendly match) melibatkan negara-negara ASEAN bersempena Kepengerusian ASEAN 2025.