PRA KELAYAKAN WSMB & WSMP DI KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI

Pertandingan pra-kelayakan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) 2025 bagi bidang Cooking telah dilaksanakan dengan jayanya di Kolej Komuniti Sungai Petani dari 22 hingga 26 Jun 2025. Pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai institusi TVET seluruh negara merangkumi kategori belia dan pengajar.

Sepanjang pertandingan, pelaksanaan berjalan lancar dengan kerjasama baik daripada pihak penganjur, tenaga teknikal, dan panel penilai. Pertandingan ini menjadi platform penting dalam menilai kemahiran peserta sebelum melangkah ke peringkat akhir yang dijadualkan pada tahun 2026.