PRA KELAYAKAN WSMB & WSMP DI UTEM

Pertandingan pra-kelayakan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 1 Jun 2025 bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Pertandingan ini melibatkan penyertaan peserta daripada pelbagai institusi TVET seluruh negara dalam bidang berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi.

Sebanyak enam bidang telah dipertandingkan, iaitu:

  • Cloud Computing (Demonstrasi)
  • IT Network System Administration
  • IT Software Solution for Business
  • Web Technologies
  • Mobile Application Development
  • Cyber Security

 

Pelaksanaan pertandingan berjalan lancar dengan kerjasama padu daripada pihak penganjur, teknikal, dan institusi penglibat. Keputusan pertandingan ini akan menjadi asas pemilihan peserta ke peringkat akhir WSMB dan WSMP pada tahun 2026.