Mesyuarat Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) Bil.1/2026
Mesyuarat Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) Bil.1/2026
27 Februari 2026 (Jumaat) – YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi MPKM telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) Bilangan 1 Tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 12, Pejabat YBM, Menara PERKESO Putrajaya. Agenda utama mesyuarat ini adalah bagi membincangkan laporan pencapaian pertandingan kemahiran tahun 2025 serta perancangan pelaksanaan pertandingan kemahiran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi tahun 2026. Ringkasan mesyuarat adalah seperti berikut:
Laporan Pertandingan Kemahiran Tahun 2025
Peringkat Kebangsaan melibatkan:
- JuniorSkills Malaysia (JSM) – 5 bidang kemahiran
- WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) – 40 bidang kemahiran
- WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) – 6 bidang kemahiran
- WorldSkills Malaysia University Challenge (WSMUC) – 8 bidang kemahiran
Pencapaian Pertandingan Antarabangsa:
- WorldSkills ASEAN Manila 2025 – Johan Keseluruhan (13 Emas, 4 Perak, 3 Gangsa dan 2 Medallion for Excellence)
- WorldSkills Asia Taipei 2025 – Tempat Ketiga Keseluruhan (5 Emas, 5 Perak, 4 Gangsa dan 3 Medallion for Excellence)
Majlis turut mengambil maklum penganjuran Majlis Anugerah Wira WorldSkills Malaysia 2025 serta pengiktirafan Centre of Excellence (CoE) WorldSkills Malaysia.
Pusat Kecemerlangan (CoE) WorldSkills Malaysia
CIAST menerima peruntukan RM3 juta di bawah RMK12 bagi pembangunan CoE pertandingan kemahiran.
Pelaksanaan pembangunan melibatkan:
- Perolehan peralatan bagi bidang Electronics, Additive Manufacturing dan Graphic Design Technology
- Program pembangunan kepakaran global melibatkan kerjasama antarabangsa di China, Korea Selatan dan Indonesia
Program Boot Camp WSMB 2026 akan dilaksanakan secara fizikal di CIAST melibatkan beberapa bidang utama seperti Automobile Technology, Electronics, Mechatronics, Graphic Design Technology, Web Technology, ITNSA, IoT dan Additive Manufacturing.
Perancangan Pertandingan Kemahiran Tahun 2026
Pertandingan Peringkat Kebangsaan melibatkan:
- WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) – 38 bidang kemahiran
- WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) – 6 bidang kemahiran
- JuniorSkills Malaysia (JSM) – 6 bidang kemahiran
- WorldSkills Malaysia University Challenge (WSMUC) – 8 bidang kemahiran
Pelaksanaan pertandingan merangkumi bengkel penggubalan soalan, sesi saringan peserta, program boot camp, pertandingan akhir dan Majlis Anugerah WSM/MATEPM.
Pertandingan Kemahiran Peringkat Antarabangsa
Malaysia akan menyertai WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2026 dengan penyertaan:
- 22 peserta
- 21 bidang kemahiran
- 15 bidang di bawah seliaan JPK
- 6 bidang di bawah seliaan KKR
Persiapan peserta akan dilaksanakan melalui latihan intensif, program pendedahan antarabangsa dan sesi pemilihan berfokus bagi memastikan pencapaian terbaik kontinjen negara.
Hal-Hal Lain
Mesyuarat turut mengambil maklum:
- Pelantikan calon peserta bidang Rail Vehicle Technology (RVT) ke WSC Shanghai 2026
- Sesi pemilihan akhir bidang Software Testing
- Cadangan laluan automatik finalis bagi pemenang WorldSkills Malaysia Sarawak (WSM-Sarawak) yang akan diperhalusi semula melalui perbincangan lanjut
Mesyuarat ini diharapkan terus memperkukuh pembangunan ekosistem TVET dan pertandingan kemahiran negara ke arah melahirkan bakat berkemahiran tinggi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.