WorldSkills Malaysia (WSM) University Challenges

WorldSkills Malaysia (WSM) University Challenges


WorldSkills Malaysia (WSM) University Challenges merupakan pertandingan kemahiran yang pertama kali dianjurkan secara atas talian dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur - Malaysia France Institute (UniKL MFI) yang bertujuan bagi mempromosikan pertandingan kemahiran di kalangan pelajar-pelajar universiti. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS dan institusi latihan kemahiran yang berumur 25 tahun dan ke bawah yang sedang mengikuti sekurang-kurangnya program diploma.
 
Konsep pertandingan ini adalah secara dalam talian (online) dan peserta hanya perlu berada di rumah atau institusi masing-masing yang dilengkapi dengan kemudahan kamera. Sepanjang pertandingan berlangsung, peserta akan dipantau oleh hakim dan urusetia di Competition Management Centre (CMC) yang bertempat di Universiti Kuala Lumpur - Malaysia France Institute (UniKL MFI).


Tarikh WorldSkills Malaysia (WSM) University Challenges
Keputusan WorldSkills Malaysia (WSM) University Challenges