Mesyuarat Pembangunan Kemahiran Malaysia (MPKM) Bil 3/2024

Mesyuarat Pembangunan Kemahiran Malaysia (MPKM) Bil 3/2024

7 November 2024 (Selasa) – YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi MPKM telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) Bilangan 2 Tahun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 27, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Menara Dato' Onn, WTCKL. Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan halatuju pelaksanaan pertandingan kemahiran di peringkat kebagsaan dan antarabangsa. Ringkasan mesyuarat adalah seperti berikut:

  • Pelaksanaan Pertandingan Kemahiran 2024
  • WSMB, WSMP, JSM, dan WSMUC berjaya dianjurkan dengan 1,537 penyertaan (pra-kelayakan) dan 455 penyertaan (peringkat akhir), menunjukkan sambutan menggalakkan dalam kalangan pelajar TVET.
  • Pertandingan peringkat negeri aktif dilaksanakan di Selangor & Sabah, dan negeri lain digalakkan untuk turut serta.
  • Penyertaan & Pencapaian di WSC Lyon 2024
  • Kontinjen negara menyertai WorldSkills Competition (WSC) Lyon 2024 (10-15 September 2024, Lyon, Perancis).
  • Pencapaian 1 Pingat Gangsa & 4 Medallion for Excellence (MfE).
  • Post-mortem (11-13 Oktober 2024) telah dilaksanakan bagi mengenalpasti kelemahan dan penambahbaikan, dengan MBOT memainkan peranan dalam strategi pasukan negara.
  • Perancangan Pertandingan Kemahiran 2025
  • Penyertaan negara dalam:
    • WorldSkills ASEAN Filipina (22-25 Ogos 2025, Manila).
    • WorldSkills Asia Chinese Taipei (23-27 November 2025, Taipei City).
  • Pemilihan peserta akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal berdasarkan pemenang peringkat kebangsaan 2024.
  • Penubuhan Pusat Kecemerlangan (CoE) WorldSkills Malaysia
    • RM2 juta diperuntukkan dalam RMKe-12 (2025) untuk Fasa 1 CoE di CIAST Shah Alam, merangkumi perolehan peralatan latihan & pembangunan kompetensi personel pertandingan.
    • Fasa 2 CoE dicadangkan dalam RMKe-13 (2026), dengan penyelarasan antara agensi TVET.
    • Mesyuarat penyelarasan CoE akan diadakan pada 26 November 2024.


Mesyuarat menekankan kejayaan pertandingan kemahiran 2024, pencapaian di WSC Lyon, perancangan penyertaan 2025, dan inisiatif penubuhan CoE bagi memperkasakan pembangunan bakat TVET negara.