Laman Web Rasmi

Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM)

Jabatan Pembangunan Kemahiran,

Kementerian Sumber Manusia (KSM)

Mengenai

MPKM - Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia

Pada 3 Mac 2010, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan Kementerian Sumber Manusia untuk menjadi urus setia induk Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) dan segala pengurusetiaan aktiviti pertandingan kemahiran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pengurusetian aktiviti pertandingan kemahiran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa juga turut akan diurus setia bersama dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi bidang-bidang yang berkaitan dengan binaan.

Ahli Majlis

Setiap pelantikan anggota MPKM perlu mendapat persetujuan daripada Menteri Sumber Manusia yang merupakan penasihat kepada MPKM. Pada tahun 2022, seramai 30 orang anggota MPKM yang baharu telah dilantik.


Aktiviti Terkini