Mesyuarat Pembangunan Kemahiran Malaysia (MPKM) Bil 1/2025
5 Februari 2025 (Rabu) – YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi MPKM telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) Bilangan 1 Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 27, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Menara Dato' Onn, WTCKL. Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perancangan dan halatuju pelaksanaan pertandingan kemahiran di peringkat kebagsaan dan antarabangsa. Ringkasan mesyuarat adalah seperti berikut:
- Pertandingan Kemahiran Peringkat Kebagsaan
- 4 Kategori:
- WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) – 40 bidang kemahiran
- WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) – 6 bidang kemahiran
- Junior Skills Malaysia (JSM) – 5 bidang kemahiran
- WorldSkills Malaysia University Challenge (WSMUC) – 8 bidang kemahiran
- Iklan permohonan penyertaan akan dibuka selepas mesyuarat ini bagi mencungkil bakat baharu dalam bidang kemahiran.
- Format pertandingan baharu untuk WSMB & WSMP:
- Peringkat pra-kelayakan dilaksanakan pada tahun 2025.
- Peringkat akhir akan diadakan pada tahun 2026.
- Pertandingan Kemahiran Peringkat Antarabangsa
- Malaysia akan menyertai dua pertandingan utama:
- WorldSkills ASEAN Manila 2025 (22-25 Ogos 2025).
- WorldSkills Asia Taipei 2025 (27-29 November 2025).
- Persiapan intensif peserta perlu diperkemaskan untuk memastikan pencapaian cemerlang kontinjen negara.
- Inisiatif Tambahan
- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 akan menganjurkan Pertandingan Persahabatan ASEAN bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang kemahiran.
Mesyuarat ini diharapkan dapat membuahkan keputusan yang bermakna dan memberi impak besar kepada pembangunan TVET dan kemahiran negara.