Mesyuarat Pembangunan Kemahiran Malaysia (MPKM) Bil 1/2024
24 Januari 2024 (Rabu) – YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi MPKM telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) Bilangan 1 Tahun 2024 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 1, Setia Perkasa 3, KESUMA. Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan halatuju pelaksanaan pertandingan kemahiran di peringkat kebagsaan dan antarabangsa. Ringkasan mesyuarat adalah seperti berikut:
- Pencapaian Pertandingan Kemahiran 2023
- Kejayaan Malaysia di peringkat antarabangsa:
- WorldSkills ASEAN Singapore 2023: 2 emas, 3 perak, 5 gangsa, 5 Medallion for Excellence.
- WorldSkills Asia Abu Dhabi 2023: 1 emas, 1 perak, 1 gangsa, 2 Medallion for Excellence.
- Penghargaan kepada pihak terlibat dalam Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) & Anugerah Tokoh Mahir (ATM) 2023.
- Perancangan Pertandingan Kemahiran 2024
- Peringkat Kebangsaan:
- WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) – 28 bidang kemahiran.
- WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) – 7 bidang kemahiran.
- Junior Skills Malaysia (JSM) – 4 bidang kemahiran.
- WorldSkills Malaysia University Challenge (WSMUC) – 9 bidang kemahiran.
- Iklan permohonan penyertaan telah dibuka kecuali WSMUC.
- Peringkat Antarabangsa:
- WorldSkills Competition (WSC) Lyon 2024, Perancis (10-15 September 2024).
- Penyertaan dalam 14 bidang kemahiran berdasarkan keputusan kebangsaan, ASEAN & Asia 2022-2023.
- Pembentangan senarai calon peserta, pakar, jurulatih negara & perancangan latihan.
- Pembentangan kaedah pengurusan kewangan kontinjen ke WSC Lyon 2024.
- Pelantikan Ahli MPKM
- Penghargaan kepada 30 ahli MPKM (18 sektor awam, 12 sektor swasta) bagi tempoh pelantikan 1 Mac 2022 – 28 Februari 2024.
- Urusan pelantikan ahli MPKM bagi tempoh 2 tahun berikutnya sedang berjalan.
- Harapan & Hala Tuju
- Komitmen semua pihak untuk terus menyokong pembangunan tenaga mahir negara.
- Keputusan mesyuarat diharap dapat memberi impak kepada pembangunan TVET dan pertandingan kemahiran negara.