Mesyuarat Pembangunan Kemahiran Malaysia (MPKM) Bil 2/2024
19 Julai 2024 (Jumaat) – YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi MPKM telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) Bilangan 2 Tahun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 27, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Menara Dato' Onn, WTCKL. Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan halatuju pelaksanaan pertandingan kemahiran di peringkat kebagsaan dan antarabangsa. Ringkasan mesyuarat adalah seperti berikut:
1. Pertandingan Kemahiran Peringkat Kebangsaan
- Pra-kelayakan WSMB, WSMP, dan JSM (Mei – Jun 2024) telah berjaya dengan 1,537 peserta, memberi manfaat kepada pelajar TVET, tenaga pengajar, dan murid sekolah melalui pendedahan kepada teknologi serta standard kemahiran antarabangsa.
2. Persediaan ke WorldSkills Competition (WSC) Lyon 2024
- Persiapan rapi oleh JPK, KKR, dan agensi TVET termasuk:
- Latihan intensif bersama pakar dan jurulatih negara.
- Penempatan peserta di industri terpilih.
- Penyertaan dalam pertandingan persahabatan kebangsaan & antarabangsa.
- Program motivasi bagi meningkatkan daya saing peserta.
- Sasaran pencapaian: 3 pingat termasuk 1 emas.
3. Perancangan Separuh Kedua 2024
- WSMB, WSMP, dan JSM (31 Julai – 29 Ogos 2024) di 18 lokasi seluruh negara.
- 24% peserta dari peringkat pra-kelayakan berjaya ke peringkat akhir.
- WorldSkills Malaysia University Challenge (WSMUC) akan bermula pada Ogos 2024, dianjurkan oleh JPK & UniKL.
- Pertandingan kemahiran di peringkat negeri (Sabah & Selangor) dijadikan contoh untuk negeri lain.
4. Penghargaan & Inisiatif Tambahan
- Ucapan tahniah kepada urus setia & pihak berkaitan atas kejayaan program Road to Lyon 2024 (28 Jun 2024) dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional.
Mesyuarat menekankan kerjasama dan sokongan berterusan bagi memastikan kejayaan Malaysia dalam pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.