Laman Web Rasmi
Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM)
Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
Mengenai
MPKM - Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia
Pada 3 Mac 2010, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan Kementerian Sumber Manusia untuk menjadi urus setia induk Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) dan segala pengurusetiaan aktiviti pertandingan kemahiran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pengurusetian aktiviti pertandingan kemahiran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa juga turut akan diurus setia bersama dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi bidang-bidang yang berkaitan dengan binaan.
Ahli Majlis
Setiap pelantikan anggota MPKM perlu mendapat persetujuan daripada Menteri Sumber Manusia yang merupakan penasihat kepada MPKM. Pada tahun 2024, seramai 31 orang anggota MPKM yang baharu telah dilantik.